Razia Sultan (siri TV)

Razia Sultan ialah sebuah siri drama televisyen India yang disiarkan pada Isnin hingga Jumaat di &TV[1] dari 6 Mac 2015. Watak Razia Sultana dilakonkan oleh Pankhuri Awasthy. Siri ini berkisarkan Razia Sultan (Sultan Razia), satu-satunya pemerintah wanita di zaman Kesultanan Delhi. Ia berkisarkan tentang seorang wanita dan dilemanya dengan kehidupan seharian. Siri ini diperkenalkan oleh Shah Rukh Khan sebagai Sutradhar.[2] Lagu tema drama ini, Mere Maula dinyanyikan oleh Supriya Joshi.

Razia Sultan (siri TV)

Bahasa Hindi
Negara asal India
Pemasangan kamera Multi-kamera
Format gambar 720i (SDTV)
Tempoh siaran Sekitar 22 minit
Lokasi India
Siaran asal 6 Mac 2015 (2015-03-06) – 23 Oktober 2015 (2015-10-23)
Bilangan episod 60
Dibintangi oleh Lihat Dibawah
Genre Drama sejarah
Bilangan musim 1
Saluran asal &TV